Menjamu seketika!

Thursday, 27 June 2013

Pastry

Pastry is the name given to various kinds of baked products made from ingredients such as flour, sugar, milk, butter, shortening, baking powder, and/or eggs. Small tarts and other sweet baked products are called "pastries."

Pastry may also refer to the dough from which such baked products are made. Pastry dough is rolled out thinly and used as a base for baked products. Common pastry dishes include pies, tarts, quiches and pasties.



Pastry is differentiated from bread by having a higher fat content, which contributes to a flaky or crumbly texture. A good pastry is light and airy and fatty, but firm enough to support the weight of the filling. When making a shortcrust pastry, care must be taken to blend the fat and flour thoroughly before adding any liquid. 

This ensures that the flour granules are adequately coated with fat and less likely to develop gluten. On the other hand, overmixing results in long gluten strands that toughen the pastry. In other types of pastry, such as Danish pastry and croissants, the characteristic flaky texture is achieved by repeatedly rolling out a dough similar to that for yeast bread, spreading it with butter, and folding it to produce many thin layers of folds.

Sumber ; Wikipedia

Amacam boleh faham? mesti boleh kan =) secara asasnya pastri ini macam doh untuk buat produk yang berbakar. Kalau doh pastri ini digoreng memang tak jadi, makan minyak! Kalau ada produk pastri ini mesti dibakar. Itu asas pastri la. Lepas itu, pastri ini bila dah dibakar, tekstur dia ringan, rapuh, banyak rongga tapi cukup untuk tampung isi pastri itu. 

Ini lebih kurang maksud pastri =) pastri ini pulah ada banyak jenis. Ada puff pastry, shortcrust pastry, flaky pastry, choux pastry dan phyllo. Setiap satu pastri ini ada beza dia. Nanti saya cerita lebih lanjut la ye. =)

Tips masak makanan yang sedap!

Tiap-tiap hari mesti agenda ke dapur tu wajib. Lebih-lebih lagi orang perempuan ni. Tapi...senang ke nak masak? Dah jadi nanti sedap ke? Kadang masak macam main masak-masak je. Teringat pulak masa kecik-kecik dulu hehehe 

Apapun, semua bergantung pada kita macamana nak handle. Saya suka nak share tips mudah dan senang supaya apapun yang kita masak sedap belaka tapi tips ni sering diabaikan...

1. Niat yang ikhlas kerana ALLAH SWT.


2. Hati dan perasaan kena gembira supaya bila mood baik semua pun jadi.


3. Masak dengan penuh kasih sayang supaya kasih sayang tumpah ke masakan. Jadi masak apapun sedap.  Orang yang makan pun makin sayang pada kita.


4. Mulakan dengan bismillah dan akhiri dengan alhamdulillah.


5. Sepanjang memasak baca ayat quran, zikir, doa. Masa cuci bahan masakan, potong memotong, kacau masakan dan menghidang.


6. Senyum. Jangan muka ketat, kelat je.


7. Jaga kebersihan diri dan bahan masakan dari mula masuk dapur sampai siap.


8. Yang penting, semua sumber makanan adalah halal. Makanan yang dimakan akan jadi darah daging kita.   Bila makanan halal, hati kita bersih dan tingkah laku kita pasti yang baik-baik saja.

::: Apa tunggu lagi, jom siap sedia untuk masak ;-)




Wednesday, 26 June 2013

Gemuk ke makan coklat?

Ramai orang dah bincang pasal perkara ini, gemuk ke makan coklat & banyak pendapat mengatakan makan coklat tak gemuk? Anda rasa macam mana? Saya dan suami penggemar coklat tapi kalau tengok gambar profile kami, gemuk ke kami? hehehe ni namanya masuk besen angkat sendiri haha

Kalau pendapat saya dan berdasarkan kajian yang telah dibuat sebenarnya coklat TIDAK MENGGEMUKKAN. Banyak sangat khasiat coklat seperti yang telah dibincangkan dalam post lepas. Tapi masih ada yang masih gemuk bila makan coklat & skeptikal dengan coklat. Jom kita bincang perkara ini bersama. =)

Pernah tengok gambar ini. Ini namanya piramid makanan. Dalam piramid makanan menceritakan jumlah / kuantiti makanan yang perlu kita makan dalam sehari. Yang atas sekali paling sedikit untuk dimakan, paling bawah perlu makan dengan banyak. Kalau makan yang paling atas akan menyebabkan kegemukan, obesiti dan macam-macam penyakit lagi. 

Dalam puncak piramid makanan takde pula tulis coklat. Jadi kesimpulan mudah, coklat TIDAK MENGGEMUKKAN. =) ye, boleh makan coklat banyak-banyak hehe cuma isunya di sini adalah cara pembuatan coklat itu yang mempengaruhi sama ada bila kita makan jadi gemuk @ tidak. Kalau coklat itu dibuat dengan dicampurkan banyak gula & lemak, sah sah la gemuk kalau makan coklat itu. Jadi apa nak buat? 

Bila nak beli coklat tengok la maklumat pemakanan. Itu tujuan gambar di atas ini ada supaya kita tahu dalam makanan itu berapa banyak lemak ada, gula ada untuk rujukan kita. Kalau gambar di atas saya pun tak tahu makanan apa sebab semua 0% hahaha kalau dapat coklat yang ada maklumat pemakanan macam ini mesti best =) 

Jadi,bila nak beli coklat, tengok la maklumat pemakanan dia ye. Baru tahu gemuk ke tak bila makan coklat =)

Tuesday, 25 June 2013

Khasiat Koko / Coklat

Setelah kita mengetahui sedikit aspek mengenai makanan bolehlah kita mempertimbangkan pula mengenai koko dan coklat. Mungkin benar apabila dikatakan bahawa koko dan coklat dimakan untuk suka-suka sahaja dan bukan kerana khasiatnya. Walau bagaimanapun, ia menyumbang kepada pemakanan yang seimbang. Kandungan lemak dalam koko bererti minuman koko dapat menyumbang lebih tenaga berbanding dengan minuman kopi atau teh.
Koko apabila dicampurkan dengan susu dan gula akan menjadi minuman yang berkhasiat dan theobromine dan kafein (masing-masing lebih kurang 2 peratus dan 0.1 peratus dalam serbuk koko) pula bertindak sebagai perangsang selain sebagai minuman panas. Pernah dinyatakan bahawa penghadaman susu bertambah baik dengan adanya koko yang bertindak membantu mengubah pembentukan susu beku di dalam perut.
Walau pun telah dinyatakan bahawa coklat dimakan untuk suka-suka sahaja dan bukan kerana khasiatnya, tetapi sebenarnya ia mengandungi 'milk soilids' antaranya 'butter fat', protein susu, kalsium dan lain-lain 'minerals' dan vitamin-vitamin.
*Untuk keterangan selanjutnya sila rujuk artikel berkaitan khasiat koko dan nilai zat pada coklat, lemak koko dan serbuk koko.

Kesan antioksida poliphenol dalam koko
Khasiat biji koko terhadap kesihatan adalah diperolehi daripada kandungan polyphenols yang tinggi seperti flavanoids. Kandungan yang paling penting didapati dari koko adalah flavan-3-ols atau lebih dikenali sebagai catechin. Flavanoids adalah merupakan kumpulan kandungan kimia yang memberikan tindakan antioksida yang kuat.

Coklat mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular

Kajian melaporkan bahawa kuantiti antioksida yang diserap dari koko dan coklat adalah lebih tinggi berbanding wain, teh dan sayur. Pengambilan koko sebagai makanan yang kaya dengan antioksida flavanoids dapat mengurangkan risiko atherosclerosis serta mengurangkan kematian akibat penyakit koronari jantung.

Koko meningkatkan kebolehan mengatasi tekanan

Daripada kajian terhadap tikus, menunjukkan bahawa antioksida yang mengalir semasa dalam keadaan tertekan dan senaman mempunyai kesan yang baik terhadap stamina. Kajian di Jepun menunjukkan bahawa poliphenol dapat menghalang perubahan sikap emosi dibawah tekanan fizikal dan berupaya mengurangkan tekanan.

Koko melambatkan proses penuaan

Penuaan adalah salah satu proses ynag mengakibatkan kerosakan radikal. Sehubungan itu, pemakanan yang kaya dengan antioksida memainkan peranan dalam melambatkan proses penuaan. Kajian mengenai proses penuaan telah dijalankan secara meluas dimana jangkamasa hayat bagi manusia yang sihat boleh dilanjutkan selama 5 hingga 10 tahun dengan mengamalkan pemakanan seimbang yang kaya dengan antioksida. Kajian yang dijalankan oleh Jabatan Epidemiotologi dari Harvard School of Public Health di Boston U.S.A mendapati bahawa penggemar coklat menikmati purata tambahan umur sebanyak 0.95 tahun berbanding bukan penggemar coklat. Ini menunjukkan wujudnya polyphenol sebagai antioksida dalam coklat.

Coklat sebagai makanan berkhasiat

Coklat adalah produk koko yang mempunyai khasiat sebenar dan kandungan nutrien dalam coklat merupakan makanan yang seimbang.


Coklat kosong Coklat susu
Tenaga 511 kcal 514 kcal
Lemak 32.3 g 29.0 g
Protein 4.1 g 8.1 g
Karbohidrat 51.9 g 56.1 g
Zat Besi 2.3 mg 0.8 mg
Kalsium 29.0 mg 233.0 mg
Tiamin 0.04 mg 0.09 mg
Riboflavin 0.02 mg 0.3 mg
Niasin 0.4 mg 0.4 mg
Vitamin A 22.0 mg 84.0


Dipetik dari http://www.koko.gov.my/lkmbm/loader.cfm?page=Industry/GoodnessOC.cfm



Resepi Chocolate Rice (Bebola Kek Coklat)

Alhamdulillah misi malam ni berjaya :) ni percubaan kali pertama nak kembalikan kegemilangan Bebola Kek Coklat,chewah! :-) 


Ni la hasilnya :-) dapat 8biji bebola tapi rasanya dapat 15biji kot,lagi 7 dah masuk perut kami haha 

Saya share sikit resepi cuma resepinya belum dapat letak sukatan sebab bebola tu agak lembik. Kena tambah biskut merry. 

Resepinya, lebih kurang dulu la ye. Kami guna kek coklat anis 1 bekas, jem blueberry, biskut merry dgn chocolate rice. Caranya :
1) hancurkan kek coklat 
2) hancurkan biskut merry 
3) campur jem dalam kek coklat yg dah hancur
4) campur kan biskut merry yg dah hancur dalam kek coklat
5) Gaul sampai rata
6) Kepalkan kek bentuk bulat
7) golekkan atas chocolate rice
8) dah siap & dah boleh makan :-) 

*biskut merry yg dah dihancurkan :-) pakai blender tu,senang sikit hehe

Esok cadang nak buat lagi. Nak buat adjustment sikit bagi keras sikit chocolate  rice itu. Anyway, selamat mencuba resepi ini :-) 





Monday, 24 June 2013

Bebola Kek Coklat (Chocolate Rice =))



Pernah makan bebola kek coklat? Mesti ramai yang pernah makan kan =)  Dulu masa kat sekolah selalu beli dekat bilik AJK asrama. Ada mak cik letak kat situ dan minta tolong jual. Sedap =) cuma sekarang ini macam susah nak cari =(

Macam dah agak jarang nak jumpa bebola kek coklat ini. Saya selalu sebut chocolate rice (padahal chocolate rice tu kan dah ada makanan sendiri hehe mungkin sebab bebola ini disalut chocolate rice, itu yang panggil chocolate rice juga. Masa sekolah semua orang panggil chocolate rice kan =))

Dah lama mengidam nak makan bebola kek coklat ini. Cerita kat abang, dia pun dah lama tak jumpa. Jadi kami decide nak buat sendiri. Semalam dah surf internet dah jumpa resipi, insyaAllah hari ini nak buat =) Kalau jadi dah sedap, kami cadang nak jual pulak =)

Bila sudah siap nanti saya upload gambar dengan resepi sekali. Gambar di atas bukan gambar chocolate rise kami, google image je tu hehehe tak sabar nak buat & nak makan chocolate rice ini. Tunggu ye post kami =) 

Sunday, 23 June 2013

Badam : Khasiat, kebaikan & kelebihannya


Badam penting untuk kesihatan kerana khasiatnya yang pelbagai, ia boleh dimakan mentah, dikukus seperti kekacang atau dijadikan bahan campuran makanan seperti kuih dan sebagainya.Sekarang ramai yang suka buat almond chocolate chip. Badam campur coklat cip. Sedap =)

Badam ini mempunyai 20 kali lebih banyak protein jika dibandingkan dengan bijirin lain. Hebatkan? =) Kandungan lemak dan karbohidratnya tinggi, oleh itu ia mengandungi gula yang tinggi berbanding dengan buah-buahan yang lain. Kandungan vitamin B dalam badam mengatasi kandungan vitamin itu dalam telur, begitu juga niasin yang dimilikinya melebihi gandum. Kandungan kalsium juga mengatasi kandungan elemen itu dalam susu dan kandungan fosforusnya melebihi kandungan fosforus dalam keju. Kanak-kanak amat sesuai memakan badam kerana khasiatnya dapat membantu pembesaran mereka, selain membina tulang dan gigi. Sementara kepada orang dewasa pula ia dapat membantu menyihatkan jantung mereka.

Menikmati snek memang suatu yang menyeronokkan dan mengasyikkan terutama ketika bersantai.
Ramai orang takut untuk mengambil badam atau almond. Begitu juga dengan jenis-jenis kekacang yang lain kerana kandungan lemaknya yang tinggi.

Sebenarnya anda tidak perlu takut mengambil badam kerana walaupun badam mengandungi kuantiti lemak yang tinggi, namun 90% dari lemak dalam badam adalah lemak taktepu (unsaturated fat) yang badan anda perlukan.

Kandungan lemak mono taktepu (monounsaturated fat) yang tinggi dalam badam sepertimana terdapat di dalam minyak zaitun membuatkan badam menjadi senjata hebat bagi memerangi kolesterol LDL di dalam badan anda.

Badam mengandungi protein, serat, kalsium, magnesium, kalium, zinc, selenium, kuprum, phosphorus, biotin, riboflavin, niacin, besi, vitamin E serta antioksida lain yang tinggi. Contohnya, segenggam badam (35gm), dapat membekalkan 45% dari keperluan harian Vitamin E dan Manganese. Sumbangan beberapa nutrient dari segenggam badam adalah seperti paparan graf di sebelah.

Di bahagian selaput biji badam sahaja terdapat sekurang-kurangnya 20 jenis flavonoids (antioksida) utama. Gandingan beraneka flavonoids dan vitamin E menjadikan badam suatu makanan yang amat berkhasiat sekali bagi memerangi berbagai masalah kesihatan.



Badam Mengurangkan Paras Kolesterol, Merendahkan Risiko Darah Tinggi dan Serangan Jantung
Satu kajian yang dijalankan di University of Toronto ke atas 27 pesakit yang mempunyai paras kolesterol yang tinggi menunjukkan pengambilan purata 74gm (2 genggam) badam setiap hari selama sebulan telah berjaya menurunkan 9.4% daripada paras kolesterol di dalam badan mereka. Nisbah LDL(kolesterol jahat)/HDL(kolesterol baik) didapati menurun sebanyak 12%. Penurunan nisbah ini menunjukkan menurunnya risiko serangan jantung (cardiovascular).

Asid folik yang terdapat di dalam badam dipercayai dapat menurunkan paras homocystein, iaitu sejenis asid amino yang boleh menyebabkan saluran darah menjadi sempit; dengan itu juga mengurangkan risiko penyakit jantung dan darah tinggi. 34.5gm badam (segenggam) mengandungi 99mg magnesium (24.7% dari keperluan harian)serta 257mg kalium (potassium).

Magnesium berperanan melembutkan saluran darah dan dengan itu pengaliran darah, oksigen serta nutrient di dalam badan berjalan dengan elok. Kajian menunjukkan kekurangan magnesium bukan sahaja boleh menyebabkan serangan jantung, tetapi kekurangan magnesium selepas serangan jantung boleh menyebabkan kecederaan (radikal bebas) pada jantung.

Kalium adalah penting untuk sistem transmisi saraf dan otot. Ia amat penting di dalam mengawal tekanan darah serta perjalanan jantung. Pengawalan tekanan darah serta jantung menjadi lebih berkesan dengan badam kerana kandungan sodium yang rendah (hanya 0.3mg bagi setiap suku cawan badam).

Badam Menghalang Obesiti (Kegemukan)
Di dalam satu kajian yang pernah disiarkan di dalam International Journal of Obesity and Related Metabolic Disorders, dilaporkan bahawa diet yang diperkaya dengan badam telah berjaya mengatasi masalah obesiti jauh lebih berkesan dibandingkan dengan diet berkalori rendah dari kabohidrat kompleks.

Kajian tersebut melibatkan 65 orang dewasa obes. Mereka dibahagi kepada 2 kumpulan. Kedua-dua kumpulan dibekalkan dengan diet yang sama jumlah kalori serta proteinnya. Kumpulan pertama diberi diet berkalori rendah terdiri dari karbohaidrat kompleks. Kumpulan kedua juga diberi diet berkalori rendah yang di perkayakan dengan badam (2 genggam sehari).

Selepas 6 bulan di dapati kumpulan yang dietnya diperkaya dengan badam mengatasi kumpulan berdiet karbohaidrat dengan 64% dalam pengurangan berat badan, 56% dalam lilitan pinggang, 50% dalam pengurangan lemak.

Badam Meredakan Diabetes
Di dalam suatu kajian yang telah disiarkan di dalam The Journal of Nutrition, badam telah ditambah kepada diet sekumpulan pengidap diabetes tahap ke-2.
Keputusan ujian menunjukkan diet dengan badam telah menurunkan glycemic response dan insulin response. Kumpulan yang mengambil diet bersama badam ini telah menunjukkan penurunan kebergantungan kepada ubatan.
Ini bermakna dengan mengambil badam, masalah diabetes dapat dikurangkan.

Badam Membantu Menghalang Batu Karang
Kajian dan pengumpulan data ke atas wanita selama 20 tahun oleh ‘Nurses’ Health Study’ menunjukkan wanita yang memakan sekurang-kurangnya 1oz (30gm) kekacang atau mentega kacang dalam seminggu mengalami penurunan 25% risiko batu karang.

Badam Menghalang Osteoporosis
Badam juga dikatakan dapat menghalang osteoporosis. 30gm badam (25-30 biji) mempunyai kandungan kalsium sama seperti terdapat dari 1/4 cawan susu. Kalsium amat berguna bagi menghalang osteoporosis.
Tahukah anda diet kurang kalsium boleh mecetuskan risiko barah usus?

Badam untuk Wanita Hamil
AlmondnutsKandungan folate yang tinggi di dalam badam amat berguna sekali bagi wanita yang sedang hamil. Folate adalah penting bagi mengelakkan dari kecacatan pada bayi ketika hamil.

Badam Mengurangkan Risiko Berbagai Penyakit
Beberapa kajian juga menunjukkan bahawa beberapa jenis kekacang, terutamanya badam, dapat mengurangkan risiko barah, diabetes, nyanyok (Alzheimer’s disease) dan beberapa penyakit kronik yang lain.

Dalam satu kajian yang telah disiarkan di dalam ‘American Journal of Clinical Nutrition’, dilaporkan bahawa badam berupaya menurunkan tahap kolesterol setanding dengan kesan dari penggunaan dadah ’statin’. Kajian seterusnya pula mendedahkan bahawa badam setanding dengan dadah ’statin’ dalam mengurangkan tahap protein ‘C-reactive’ yang merosakkan arteri.

Terdapat berbagai lagi khasiat badam yang tidak dapat disiarkan di sini. Selain tinggi khasiat, badam juga mempunyai rasa yang sedap. Berbagai cara orang menggunakan badam dalam masakan; daripada snek sehinggalah kepada makanan berat. Oleh itu jadikanlah badam sebahagian daripada diet anda. Semuga anda bertambah sihat, ceria serta berbahagia.


Banyakkan kelebihan badam? Walaupun harganya agak mahal tetapi kalau nak dibandingkan dengan kelebihnnya, sangatlah berbaloi. Selamat Makan Badam =)

Dipetik dari http://ilham4u.com/v1/?page_id=126
 

Saturday, 22 June 2013

Nasi Lemak 50sen??

Ingat lagi zaman sekolah dulu,harga nasi lemak berapa? Paling mahal pun 50sen. Sekarang kat sekolah area Lembah Klang agak mustahil nak dapat nasi lemak 50sen. 

Jangan tak percaya, masih wujud org jual nasi lemak 50sen! Siap bungkus guna daun pisang lagi :) rasanya pun mabeles! Nasi byk pulak tu. Memang berbaloi sgt2! 

Tapi nak dapat kat mana? Kena la datang kat Muar hehe ada 1 warung kat sini yang jual nasi lemak 50sen dgn rasa yg secukup rasa hehe 

Mak cik ini sgt bagus. Lepas subuh je dah start niaga. Suami kalau balik masjid solat subuh mesti tgk mak cik ini dah mula menjual & dah ada org beli pun! Kalau lambat sikit memang takdir harapan nak beli la. Pernah cuba datang pukul 8, abis dah semua nasi lemak. Kalau beli pukul 7.30 pun tinggal suku je. 

Mak cik ni jual makanan lain juga macam nasi ambeng, roti jala, kuew teow & mcm2 lagi la. Tapi kalau datang pukul 8.30,tinggal kuih je. Yang lain semua abis. Maybe rezeki mak cik buka kedai pagi kan. 

Anyway, alhamdulillah masih ada org jual nasi lemak 50sen hehe cuma nak ambil iktibar di sini, kalau nak murah rezeki, kena bangun awal pagi. Lagi bagus sebelum subuh pastu jangan pulak tidur lepas subuh! Sebab masa tu la pintu rezeki sedang dibuka seluasnya :-) 

Friday, 21 June 2013

Hebatnya Kuasa Makan Bersama!

Nak buat survey. Nak tanya pada semua. 
Siapa kat sini amalkan makan bersama keluarga setiap hari?
Siapa kat sini makan bersama keluarga satu kali satu minggu?
Siapa kat sini langsung tak amalkan makan bersama keluarga?
Makan sendiri-sendiri even ada keluarga? Kesiannnnn kannn...

Alhamdulillah sejak kami adik-beradik kecik2 lagi memang mak abah terapkan makan bersama2. Dari mula masak, hidang, baca doa, makan, kemas dan cuci pinggan. Semua buat sama2 sampai kami dah besar dan berkahwin ni. Seronok sangat. Hinggalah saya dah berkahwin..ada Abang..ada Faizin (dan insyaAllah anak-anak akan datang), kami tetap terapkan nilai makan bersama. Terasa begitu indahnya hidup berkeluarga ;-)


Abang dan Faizin ;-)
Percayalah betapa HEBATNYA KUASA makan bersama keluarga tercinta. Antara kehebatannya:

1. Memperoleh zat nutrisi makanan sepenuhnya. Kerana ia dimasak dengan air tangan kasih sayang para isteri/ibu. Kerana kebersihan dan kesucian bahan dan tangan semasa masak sentiasa terjaga.

2. Merapatkan hubungan kasih sayang antara suami isteri, ibu bapa dan anak.
Para isteri/ibu sambil masak tu bacalah zikir, doa, ayat Quran supaya kasih sayang sentiasa bertaut.
 
3. Meningkatkan tahap komunikasi berkesan. Waktu ini sangat sesuai untuk menasihati anak-anak dengan bahasa pertuturan yang ringkas dan menusuk jiwa. Tak perlu panjang lebar. Gaya santai-santai. InsyaAllah anak jadi seorang yang taat dan patuh.

4. Meningkatkan prestasi IQ dan EQ anak-anak di sekolah dan di mana saja. Meliputi aspek semangat, pelajaran, kemahiran, kepimpinan dan keyakinan diri.

5. Mendidik suami/anak duduk di rumah dan menghargai masakan yang dihidangkan ibu. Ibarat rumahku syurgaku. Apa lagi yang perlu dicari di luar kalau di dalam rumah seperti syurga.

6. Menjadikan salah satu acara wajib atau rutin harian bersama keluarga. Apabila tiada atau berjauhan, ia menjadi momen yang sangat dirindui.

7. Menghargai masa bersama dan kehidupan berkeluarga. Masa itu emas dan memupuk nilai saling memerlukan antara satu sama lain. Terutama kalau adik-beradik ramai. (Macam saya la hehe)

8. Lebih utama kita boleh berjimat-cermat dalam semua aspek. Lebih-lebih lagi dari segi ekonomi dan kewangan. Duit banyak mana pun tapi kalau hari-hari makan kat luar, duit habis dan nikmat berkeluarga pun kurang. 

Mama dan Faizin ;-D
InsyaAllah semoga bermanfaat untuk kita semua! Cer amalkan dari breakfast, lunch, dinner, supper. Makan petang boleh boleh. Nikmat tak terkata ;-)

Thursday, 20 June 2013

Fall in Love...Puff Pastry...

Selamat petang semua!

Kami dah jatuh CINTA! Eh betul ke ni? Yup, kami jatuh cinta makan puff pastry. Saya, suami dan even Faizin yang baru 1 tahun 2 bulan tu pun nampak gaya suka makan puff pastry. Sebelum ni tak kenal pun puff..puff..pastry..pastry ni..Tapi sejak timbul idea nak berbisnes makanan frozen dan memilih untuk bisnes frozen puff pastry secara tak langsung kami jadi penggemar puff pastry. Bak omputih kata 'Puff pastry lover' la kan...

Cik Abang yang perkenalkan frozen puff pastry ni pada saya. Serius. Dulu tak pernah buka minda, buka mata pun nak makan benda-benda ala-ala western sangat gitu. Yang saya tau frozen ada karipap, donut, keropok lekor...lebih ke arah kemelayuan gitu. Rupanya puff pastry ni banyak jenis bukan setakat karipap saja tau ;-) Setakat ni dalam list kami ada 4 jenis puff:

~ Tuna puff
~ Curry chicken puff
~ Chicken sausage puff
~ Blueberry puff

InsyaAllah coming soon nak tambah beberapa jenis lagi supaya lebih banyak pilihan kami sediakan untuk anda di luar sana mencuba keenakan frozen puff pastry. Kebiasaannya puff pastry ni dimonopoli oleh orang non-muslim. Kat oversea belambak puff ni dengan pelbagai flavor. Orang kita nampak gaya belum sangat lagi menggemarinya. InsyaAllah sikit masa lagi puff pastry ni akan jadi 1 fenomena makanan di Malaysia. Kami lah antara pelopornya! InsyaAllah amin ;-)

Opppsss banyak pulak idea nak cerita ni. Sambung nanti ok. Kita layan dulu puff-puff kegemaran kami sekeluarga ;-)



Sempat lagi nak promote hehe siapa berhajat boleh call no di atas ye ;-)

Wednesday, 19 June 2013

Resepi Anis Choc Moist Cake

Post lepas, saya upload gambar kek coklat anis. Mabeles tau kek tu. Kali ini nak update resepi kek itu. Nak kredit kepada Kak Anis sebab share resepi ini dalam facebook dia. Boleh LIKE page Kak Anis, Anis Choc Moist Cake. 
Resepi Anis Choc Moist Cake:
Bahan A,

Air,minyak masak,susu pekat,gula, serbuk koko-semuanya 1 cawan.
masak bahan a atas api sederhana (masak sehingga gula larut dalam air).
2 biji telur dipukul asing didalam mangkuk dan masak sekali dgn bahan a.
Last,masuk tepung 1cawan + 1/2 sudu teh soda+ 1/2 sudu teh double action.
Kukus-kalau kek 1 kg akan masak dlm lebih kurang 20-30 minit.

Topping:
Coklat masakan
sedikit butter
Whipping cream

Campur semua buat double boil..

@
Topping resepi baru (baru diguna pd tahun 2011)
Panaskan 1 cawan minyak masak
masukkan susu pekat,serbuk koko-semuanya 1 cawan.
Kalau pekat sangat, boleh kurangkan serbuk kokonya..atau masukkan sedikit full cream.
Kacau sehingga rata..Sedia untuk di topping..
Selamat Mencuba =) Terima Kak Anis sebab share resepi ni dalam FB Kak Anis =)

Monday, 17 June 2013

Kek Coklat Anis

Menikmati kelazatan kek coklat dalam sebekas bentuk LOVE. Memang makan sepenuhnya dari HATI. Nyum nyum nyum...siapa belum penah rasa kek ni? Cer citer sini. Saya ada untuk kawan-kawan rasa :) Berbaloi-baloi!!!

Kek Coklat Anis. Makan hingga menjilat sudu :) tak percaya ke???

Friday, 14 June 2013

Resepi & Gambar je...

Ingat tak, entry sebelum ni saya ada post Resepi Kek Coklat Suji. Tu baru resepi je tau tapi belum pernah cuba pun hehe ssshhh...diam2 je tau :)

Ada sesiapa yang dah pernah buat kek tu? Meh share kat sini, perkongsian sangat dialukan...Resepi tu saya dapat dari buku 50 kek, kompilasi majalah karangkraf. Jom layan gambar kek coklat suji dulu :D

Kek Coklat Suji...nyummy nyummy...

Wednesday, 12 June 2013

Resepi Kek Coklat Suji

Yummy yummy, sedapnya makan kek coklat kan. Tergiur-giur membayangkan topping kek coklat yang meleleh-leleh ke tangan semasa makan. Ya Allah, sedapnya.

Walaupun penggemar kek coklat moist tapi macam nak share kek coklat lain pulak, Kek Coklat Suji. Jom kita tengok resepinya =)

Bahan A:

100gm tepung suji (dibakar hingga kering. Nama pun kek coklat suji kan, kena la pakai tepung suji =) )
75gm mentega
75gm marjerin
80gm susu pekat
Sebiji telur
100gm gula kastor

Bahan B:
100gm tepung gandum (silakan ayak dulu ye =) )
5gm serbuk penaik (pun ayak dulu)

Bahan C:
20gm coklat
50gm coklat masakan
50ml air
10gm serbuk koko
- Bahan C ni, kena campur semua sekali dan masak dengan api kecil

Cara penyediaan :

- Pukul semua Bahan A sampai gebu lepas tu masukkan Bahan B
- Masukkan Bahan C (yang dah siap dimasak) dan gaul sebati
- Masukkan dalam acuan dan bakar pada suhu

170C selama 45 minit
- Dah sejuk, apa lagi makan la =)

Selamat Mencuba. 



Tuesday, 11 June 2013

Assalamualaikum WBT & Selamat Sejahtera,

Selamat Datang ke Dunia Blogging!

Salam perkenalan kepada semua rakan blogger. Hari ini secara rasminya blog makanan dan resepi yang membangkitkan selera dilancarkan. Kami akan kongsikan tips-tips dan segala perkara yang berkaitan resepi dan makanan di sini. Teruskan membaca bersama kami ya =)