Resepi Anis Choc Moist Cake
Post lepas, saya upload gambar kek coklat anis. Mabeles tau kek tu. Kali ini nak update resepi kek itu. Nak kredit kepada Kak Anis sebab share resepi ini dalam facebook dia. Boleh LIKE page Kak Anis, Anis Choc Moist Cake.
Resepi Anis Choc Moist Cake:
Bahan A,
Air,minyak masak,susu pekat,gula, serbuk koko-semuanya 1 cawan.
masak bahan a atas api sederhana (masak sehingga gula larut dalam air).
2 biji telur dipukul asing didalam mangkuk dan masak sekali dgn bahan a.
Last,masuk tepung 1cawan + 1/2 sudu teh soda+ 1/2 sudu teh double action.
Kukus-kalau kek 1 kg akan masak dlm lebih kurang 20-30 minit.
Topping:
Coklat masakan
sedikit butter
Whipping cream
Campur semua buat double boil..
@
Topping resepi baru (baru diguna pd tahun 2011)
Panaskan 1 cawan minyak masak
masukkan susu pekat,serbuk koko-semuanya 1 cawan.
Kalau pekat sangat, boleh kurangkan serbuk kokonya..atau masukkan sedikit full cream.
Kacau sehingga rata..Sedia untuk di topping..
Selamat Mencuba =) Terima Kak Anis sebab share resepi ni dalam FB Kak Anis =)
anak saya memang suka kek coklat anis ni....kalau keluar jer mesti nak beli, ni dah tahu resepi nak cuba buat sendiri la,..harap2 menjadi la...hehe
ReplyDeletebetul tu cik shida rahmat. marbeles kannn kek tu. saya satu family pun dah jadi ketagih hehe resepi dah ada tapi tak pernah nak cuba lagi pun ;-) insyaAllah satu hari nanti. amin.
ReplyDelete