Menjamu seketika!

Friday, 21 June 2013

Hebatnya Kuasa Makan Bersama!

Nak buat survey. Nak tanya pada semua. 
Siapa kat sini amalkan makan bersama keluarga setiap hari?
Siapa kat sini makan bersama keluarga satu kali satu minggu?
Siapa kat sini langsung tak amalkan makan bersama keluarga?
Makan sendiri-sendiri even ada keluarga? Kesiannnnn kannn...

Alhamdulillah sejak kami adik-beradik kecik2 lagi memang mak abah terapkan makan bersama2. Dari mula masak, hidang, baca doa, makan, kemas dan cuci pinggan. Semua buat sama2 sampai kami dah besar dan berkahwin ni. Seronok sangat. Hinggalah saya dah berkahwin..ada Abang..ada Faizin (dan insyaAllah anak-anak akan datang), kami tetap terapkan nilai makan bersama. Terasa begitu indahnya hidup berkeluarga ;-)


Abang dan Faizin ;-)
Percayalah betapa HEBATNYA KUASA makan bersama keluarga tercinta. Antara kehebatannya:

1. Memperoleh zat nutrisi makanan sepenuhnya. Kerana ia dimasak dengan air tangan kasih sayang para isteri/ibu. Kerana kebersihan dan kesucian bahan dan tangan semasa masak sentiasa terjaga.

2. Merapatkan hubungan kasih sayang antara suami isteri, ibu bapa dan anak.
Para isteri/ibu sambil masak tu bacalah zikir, doa, ayat Quran supaya kasih sayang sentiasa bertaut.
 
3. Meningkatkan tahap komunikasi berkesan. Waktu ini sangat sesuai untuk menasihati anak-anak dengan bahasa pertuturan yang ringkas dan menusuk jiwa. Tak perlu panjang lebar. Gaya santai-santai. InsyaAllah anak jadi seorang yang taat dan patuh.

4. Meningkatkan prestasi IQ dan EQ anak-anak di sekolah dan di mana saja. Meliputi aspek semangat, pelajaran, kemahiran, kepimpinan dan keyakinan diri.

5. Mendidik suami/anak duduk di rumah dan menghargai masakan yang dihidangkan ibu. Ibarat rumahku syurgaku. Apa lagi yang perlu dicari di luar kalau di dalam rumah seperti syurga.

6. Menjadikan salah satu acara wajib atau rutin harian bersama keluarga. Apabila tiada atau berjauhan, ia menjadi momen yang sangat dirindui.

7. Menghargai masa bersama dan kehidupan berkeluarga. Masa itu emas dan memupuk nilai saling memerlukan antara satu sama lain. Terutama kalau adik-beradik ramai. (Macam saya la hehe)

8. Lebih utama kita boleh berjimat-cermat dalam semua aspek. Lebih-lebih lagi dari segi ekonomi dan kewangan. Duit banyak mana pun tapi kalau hari-hari makan kat luar, duit habis dan nikmat berkeluarga pun kurang. 

Mama dan Faizin ;-D
InsyaAllah semoga bermanfaat untuk kita semua! Cer amalkan dari breakfast, lunch, dinner, supper. Makan petang boleh boleh. Nikmat tak terkata ;-)

No comments:

Post a Comment