Tiap-tiap hari mesti agenda ke dapur tu wajib. Lebih-lebih lagi orang perempuan ni. Tapi...senang ke nak masak? Dah jadi nanti sedap ke? Kadang masak macam main masak-masak je. Teringat pulak masa kecik-kecik dulu hehehe
Apapun, semua bergantung
pada kita macamana nak handle. Saya suka nak share tips mudah dan senang supaya apapun yang kita masak sedap belaka tapi
tips ni sering diabaikan...
1. Niat yang ikhlas kerana ALLAH SWT.
2. Hati dan perasaan kena gembira supaya bila mood baik semua pun jadi.
3. Masak dengan penuh kasih sayang supaya kasih sayang tumpah ke masakan. Jadi masak apapun sedap. Orang yang makan pun makin sayang pada kita.
4. Mulakan dengan bismillah dan akhiri dengan alhamdulillah.
5. Sepanjang memasak baca ayat quran, zikir, doa. Masa cuci bahan masakan, potong memotong, kacau masakan dan menghidang.
6. Senyum. Jangan muka ketat, kelat je.
7. Jaga kebersihan diri dan bahan masakan dari mula masuk dapur sampai siap.
8. Yang penting, semua sumber makanan adalah halal. Makanan yang dimakan akan jadi darah daging kita. Bila makanan halal, hati kita bersih dan tingkah laku kita pasti yang baik-baik saja.
::: Apa tunggu lagi, jom siap sedia untuk masak ;-)
No comments:
Post a Comment