Menjamu seketika!

Wednesday, 31 July 2013

Peribadi Usahawan Berjaya Cemerlang

Bila sebut JUTAWAN. Semua ingat dah mula berniaga, dah bergelar usahawan terus boleh jadi jutawan. Tapi kalau angan-angan je lebih dan tak bertindak yang sepatutnya mana nak jadi kannn...Bertindak pun mesti tindakan LUAR BIASA. Jadi, hasilnya pun mesti LUAR BIASA ;-) Sebelum tu peribadi kena check dan bersedia luar dalam supaya bila dah nekad nak jadi usahawan, biar jadi usahawan / peniaga yang berjaya dunia akhirat. Amin. 

Peribadi Usahawan Berjaya

1. Bersemangat dan keinginan yang tinggi
2. Memandang masa hadapan dengan jelas
3. Bekerja keras
4. Berfikiran positif
5. Berani membuat keputusan
6. Bersikap optimistik
7. Pandai mengatur strategi
8. Berusaha berterusan
9. Berani berisiko
10. Bertaqwa kepada ALLAH SWT


Usahawan yang cemerlang sentiasa mengamalkan perundangan dan tatacara muamalat Islam. Antaranya:-

1. Tidak mengamalkan riba
2. Tidak menipu pelanggan
3. Tidak menipu dalam apa jua bentuk timbangan
4. Tidak memungkiri janji
5. Tidak menzalimi mana-mana pihak
6. Segera melangsaikan hutang

*** Berhati-hati dalam setiap tindak tanduk anda semasa menjalankan perniagaan. Semoga beroleh keuntungan perniagaan dunia & akhirat. Amin.

Tuesday, 30 July 2013

Berjinak dalam Bisnes..

Membuat keputusan untuk memulakan perniagaan. Jangan anggap apabila dah mula berniaga anda berada dalam 'comfort zone' dan terus dapat 'sales' dengan untung yang giler-giler. Terus nak jadi jutawan. Terus nak upgrade kereta, rumah, style.

Pasti anda melalui jatuh bangun jatuh bangun dulu sebagai satu proses pembelajaran. Yang penting semua datang dari dalam diri. Tips-tips berikut insyaAllah memberi manfaat kepada yang baru nak menjinak-jinakkan diri dalam bisnes ;-)

1. Jaga hubungan dengan ALLAH SWT
2. Jaga hubungan dengan Rasulullah SAW
3. Jaga hubungan dengan manusia
4. Jaga syariat dan muamalat perniagaan
5. Jati diri dalam dan luar mesti kental
6. Konsep MESTI (Ni sifu yang ajar, memang tak boleh lari lah...sebab memang pakej..mesti ada MENTOR, EMOSI/ELMU, SISTEM, TINDAKAN LUAR BIASA, IMPIAN JELAS)
7. 'Marketing' hari-hari walau sekecil-kecil medium
8. 'Try and adjust'
9. Mesti ada cashflow setiap hari, minggu, bulan, tahun walau untung sedikit
10. 'Mind programming' setiap malam sebelum tidur
11. Bangun pagi sebelum azan subuh
12. Niatkan berniaga untuk memberi manfaat kpd ramai orang dan beroleh keuntungan dunia akhirat


InsyaAllah next post nak share lagi banyak info. Semoga jadi panduan kpd yang baru nak mula ;-)

Thursday, 18 July 2013

Promosi masih berjalan!

Pihak Idami akan terus aktif dan produktif utk uruskan penghantaran tempahan pelanggan melalui pos. Kami menggunakan perkhidmatan nationwide express. InsyaAllah dijamin esok sampai. Tak percaya? Cer try buat tempahan ;-) Nikmatilah dan rasailah kehebatan puff pastry dan murtabak dari Idami...
 
 
::::: PROMOSI PANAS :::::

>> RAMADHAN AL-MUBARAK <<
>> Promosi 17/7/2013 - 8/8/2013 <<

PROMOSI FROZEN PUFF PASTRY & MURTABAK
..........................................................................................

PROMOSI RM47
* 1 paket puff pastry
* 2 paket murtabak
* Kos penghantaran

PROMOSI RM53
* 2 paket puff pastry
* 1 paket murtabak
* Kos penghantaran

PROMOSI RM57
* 2 paket puff pastry
* 2 paket murtabak
* Kos penghantaran

PROMOSI RM63
* 3 paket puff pastry
* 1 paket murtabak
* Kos penghantaran
....................................................................

Nota:-
1 paket puff pastry : 10 biji sama jenis (Tuna, Kari ayam, Sosej, Blueberi)
1 paket murtabak --> 3 keping sama jenis (Ayam, Daging)
Tertakluk terma & syarat

HEBAT dan MENARIK!
MUDAH, LAZAT, KENYANG UNTUK SAHUR dan IFTAR ANDA.

Hubungi 012.242.6464 @ PM kami SEKARANG untuk tempahan!!!
 
 

Wednesday, 17 July 2013

Kuih Raya 1434H..

Alhamdulillah. Sempena Ramadhan & Syawal tahun ni, Idami Food melebarkan sayap dgn mempromosi kuih raya sebagai menu tambahan di Idami ;) ada beberapa jenis kuih yg masih dibuka utk tempahan hingga 1 minggu sebelum hari raya. Antaranya; almond choc chips, kacang salut & popia nestum. Jom la layannn...




Selamat menjamu ;D

Thursday, 11 July 2013

Cerita PPIM


Hari tu ada post tentang 'lamaran PPIM' kan..alhamdulillah 8/7/2013 kami telah pun selamat menghantar stok produk2 kami. Ada 4 produk kami di sana:

1. Frozen puff pastry
2. Frozen murtabak
3. Almond choc chip
4. Kek coklat

Kepada yg teringin nak mencuba produk2 kami boleh dapatkan di premis PPIM Gombak, Puan Haniza. Dah rasa pasti nak lagi, lagi & lagi ;) pasti lazat, sedap & dijamin halal.

Terima kasih Puan Haniza & seluruh warga PPIM Gombak. Tak sabar nak b'projek hamper raya. Doakan cepat2 berjalan ye..insyaAllah amin! ;D



Wednesday, 10 July 2013

Ramadhan Mubarak tiba lagi..

Bulan yang penuh kemuliaan & keberkatan. Ramadhan Al-Mubarak menjelang tiba lagi. Semoga Allah menganugerahkan kekuatan utk kita meningkatkan amal ibadah. Semoga bulan ini menjadi titik tolak kpd kita utk menambah ketaqwaan hanya kpd -Nya. Amin. Selamat berpuasa semua! ;)

Saturday, 6 July 2013

Lamaran PPIM

Alhamdulillah. Syukur atas nikmat kurniaan Ilahi. Terima kasih Ya Allah...

Pihak Idami mengucapkan terima kasih pada PPIM GOMBAK atas lamaran utk JV bermula Julai ini. InsyaAllah akan terus berkerjasama selagi produk2 kami terus memberi manfaat kpd seluruh muslimin muslimat.

Terima kasih lagi sekali dr Idami Frozen dan Snek Idami ;) kami akan update dan share yang lebih lanjut pd post akan datang...