Bila sebut JUTAWAN. Semua ingat dah mula berniaga, dah bergelar usahawan terus boleh jadi jutawan. Tapi kalau angan-angan je lebih dan tak bertindak yang sepatutnya mana nak jadi kannn...Bertindak pun mesti tindakan LUAR BIASA. Jadi, hasilnya pun mesti LUAR BIASA ;-) Sebelum tu peribadi kena check dan bersedia luar dalam supaya bila dah nekad nak jadi usahawan, biar jadi usahawan / peniaga yang berjaya dunia akhirat. Amin.
Peribadi Usahawan Berjaya
1. Bersemangat dan keinginan yang tinggi
2. Memandang masa hadapan dengan jelas
3. Bekerja keras
4. Berfikiran positif
5. Berani membuat keputusan
6. Bersikap optimistik
7. Pandai mengatur strategi
8. Berusaha berterusan
9. Berani berisiko
10. Bertaqwa kepada ALLAH SWT
Usahawan yang cemerlang sentiasa mengamalkan perundangan dan tatacara muamalat Islam. Antaranya:-
1. Tidak mengamalkan riba
2. Tidak menipu pelanggan
3. Tidak menipu dalam apa jua bentuk timbangan
4. Tidak memungkiri janji
5. Tidak menzalimi mana-mana pihak
6. Segera melangsaikan hutang
*** Berhati-hati dalam setiap tindak tanduk anda semasa menjalankan
perniagaan. Semoga beroleh keuntungan perniagaan dunia & akhirat.
Amin.
No comments:
Post a Comment