Menjamu seketika!

Wednesday, 26 February 2014

Kisah Aura dan 'Sale'.

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.

Isu yang saya rasa patut dikongsi bersama-sama di sini.
Beberapa minggu lepas saya rasa sangat 'energy' diri terlalu 'down'.
Hati dan minda berada dalam zon negatif yang sangat kritikal.
Ada banyak sebab motivasi saya jatuh menjunam. Antaranya:

1. Isu ejen yang banyak ragam.
2. Isu 'payment' yang tak masuk-masuk kesan dari sistem 'consignment'.
3. Isu beberapa orang di sekeliling yang susah nak ucapkan kata MAAF dan TERIMA KASIH.

Bila dikenang dan ditenung balik, cuma 3 benda di atas saja pun tapi impaknya sangat besar. Sedar tak sedar saya telah bermain api dengan HATI saya. Dengan MINDA saya.

Ya. Semuanya bermula dari AURA HATI dan MINDA.

Bila MINDA mula berkata-kata yang NEGATIF. AWAS! Nahas lah natijahnya huhuhu
Sebenarnya banyak kali dah terjadi tapi inilah manusia bila menjadikan logik akal sebagai pembuat keputusan berbanding percaya kepada KUASA ALLAH YANG MAHA KUASA.

U ols nak tau kesan daripada terlalu memikir 3 isu di atas?
.
.
.
.
.
Kesannya ialah SALE di KEDAI IDAMI MERUDUM! Sangat sedih tau!!!

Tobat sangat lepas ni AURA HATI/MINDA kena jaga baik-baik tau.
Bila saya tersentak cepat-cepat saya kembali ke pangkal jalan (nanti buat entri baru ok ;-))

Cerita negatif-negatif ni tak boleh cerita panjang-panjang. Tak baik untuk AURA kita. Ingat, AURA kena jaga tau supaya tak berlaku kebocoran ;-) Jadi viral susah. Baik cerita yang best-best je. Nanti mesti yang best-best datang kat kita. Tak percaya? Cer buat dulu dan tunggu hasilnya.

Lepas kisah ni nanti saya cerita kisah yang best-best pasal IDAMI FOOD. Pasti senyum lebar ;D Tungguuuuuuuuuuuu tau!

Salam senyum manis semanis madu,
Ida Idami ;-)

No comments:

Post a Comment