Menjamu seketika!

Thursday, 20 February 2014

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.
Salam petang semua blogger yang dirindu.
Lama sungguh tak bersiaran. Lagi sekali menghilang diri.
Oh masa 24 jam!

Sebenarnya,
Banyak betul nak dikongsi bersama teman-teman. Terutama bahan untuk di'update' berkaitan Idami Food. Subhanallah. Banyak perkara yang bercambah bercabang selepas 'Aidilfitri yang lalu. Namun begitu, banyak juga mehnah dan tribulasi. Alhamdulillah masih berada di landasan demi perjuangan Idami Food (walaupun saat ini, bulan ini ujian getir melanda lagi). Bertabahlah duhai hati! Sesungguhnya Allah SWT bersama dengan orang-orang yang SABAR.

Yang penting, SENYUM ;-) PEACE ;-)

Apapun, petang ni kawan-kawan menjamu apa untuk hidangan petang bersama insan-insan tercinta?
Jom layan Kek Coklat Anis dan Durian Crepe bersama saya ;-)
Marbeles. Mantap. Meletop!








Jangan terliur ok hehe
Nantikan 'update' dari saya seterusnya ;-)



Thursday, 24 October 2013

Lapar dan dahaga

Rasa-rasa sangat sesuai la tajuk di atas untuk entri kali ni.

Ya Allah, lama betul blog Idami Food ni tak di update kann. Tentunya blog ni sangat lapar dan dahaga kan pengisian-pengisian yang bermanfaat agar benda yang bermanfaat sentiasa bertebaran di atas muka bumi Allah ini.

Jangan berhenti untuk memberi manfaat ke seluruh pelusuk alam. Walaupun di alam maya. Peace!

Salam sayang untuk semua ;-)

Saturday, 31 August 2013

Syawal yg Merdeka..

Salam Merdeka ke-56. Salam Syawal 1434H. 

Ber'double' sambutan kan. Sana sini open house, kenduri kendara..jemputan makan2..alhamdulillah rezeki Allah ;) 

Yg penting, makan makan tu beringat ye, makan yg sihat2 dan jgn berlebihan..ok happy utk semua!

Wednesday, 31 July 2013

Peribadi Usahawan Berjaya Cemerlang

Bila sebut JUTAWAN. Semua ingat dah mula berniaga, dah bergelar usahawan terus boleh jadi jutawan. Tapi kalau angan-angan je lebih dan tak bertindak yang sepatutnya mana nak jadi kannn...Bertindak pun mesti tindakan LUAR BIASA. Jadi, hasilnya pun mesti LUAR BIASA ;-) Sebelum tu peribadi kena check dan bersedia luar dalam supaya bila dah nekad nak jadi usahawan, biar jadi usahawan / peniaga yang berjaya dunia akhirat. Amin. 

Peribadi Usahawan Berjaya

1. Bersemangat dan keinginan yang tinggi
2. Memandang masa hadapan dengan jelas
3. Bekerja keras
4. Berfikiran positif
5. Berani membuat keputusan
6. Bersikap optimistik
7. Pandai mengatur strategi
8. Berusaha berterusan
9. Berani berisiko
10. Bertaqwa kepada ALLAH SWT


Usahawan yang cemerlang sentiasa mengamalkan perundangan dan tatacara muamalat Islam. Antaranya:-

1. Tidak mengamalkan riba
2. Tidak menipu pelanggan
3. Tidak menipu dalam apa jua bentuk timbangan
4. Tidak memungkiri janji
5. Tidak menzalimi mana-mana pihak
6. Segera melangsaikan hutang

*** Berhati-hati dalam setiap tindak tanduk anda semasa menjalankan perniagaan. Semoga beroleh keuntungan perniagaan dunia & akhirat. Amin.

Tuesday, 30 July 2013

Berjinak dalam Bisnes..

Membuat keputusan untuk memulakan perniagaan. Jangan anggap apabila dah mula berniaga anda berada dalam 'comfort zone' dan terus dapat 'sales' dengan untung yang giler-giler. Terus nak jadi jutawan. Terus nak upgrade kereta, rumah, style.

Pasti anda melalui jatuh bangun jatuh bangun dulu sebagai satu proses pembelajaran. Yang penting semua datang dari dalam diri. Tips-tips berikut insyaAllah memberi manfaat kepada yang baru nak menjinak-jinakkan diri dalam bisnes ;-)

1. Jaga hubungan dengan ALLAH SWT
2. Jaga hubungan dengan Rasulullah SAW
3. Jaga hubungan dengan manusia
4. Jaga syariat dan muamalat perniagaan
5. Jati diri dalam dan luar mesti kental
6. Konsep MESTI (Ni sifu yang ajar, memang tak boleh lari lah...sebab memang pakej..mesti ada MENTOR, EMOSI/ELMU, SISTEM, TINDAKAN LUAR BIASA, IMPIAN JELAS)
7. 'Marketing' hari-hari walau sekecil-kecil medium
8. 'Try and adjust'
9. Mesti ada cashflow setiap hari, minggu, bulan, tahun walau untung sedikit
10. 'Mind programming' setiap malam sebelum tidur
11. Bangun pagi sebelum azan subuh
12. Niatkan berniaga untuk memberi manfaat kpd ramai orang dan beroleh keuntungan dunia akhirat


InsyaAllah next post nak share lagi banyak info. Semoga jadi panduan kpd yang baru nak mula ;-)

Thursday, 18 July 2013

Promosi masih berjalan!

Pihak Idami akan terus aktif dan produktif utk uruskan penghantaran tempahan pelanggan melalui pos. Kami menggunakan perkhidmatan nationwide express. InsyaAllah dijamin esok sampai. Tak percaya? Cer try buat tempahan ;-) Nikmatilah dan rasailah kehebatan puff pastry dan murtabak dari Idami...
 
 
::::: PROMOSI PANAS :::::

>> RAMADHAN AL-MUBARAK <<
>> Promosi 17/7/2013 - 8/8/2013 <<

PROMOSI FROZEN PUFF PASTRY & MURTABAK
..........................................................................................

PROMOSI RM47
* 1 paket puff pastry
* 2 paket murtabak
* Kos penghantaran

PROMOSI RM53
* 2 paket puff pastry
* 1 paket murtabak
* Kos penghantaran

PROMOSI RM57
* 2 paket puff pastry
* 2 paket murtabak
* Kos penghantaran

PROMOSI RM63
* 3 paket puff pastry
* 1 paket murtabak
* Kos penghantaran
....................................................................

Nota:-
1 paket puff pastry : 10 biji sama jenis (Tuna, Kari ayam, Sosej, Blueberi)
1 paket murtabak --> 3 keping sama jenis (Ayam, Daging)
Tertakluk terma & syarat

HEBAT dan MENARIK!
MUDAH, LAZAT, KENYANG UNTUK SAHUR dan IFTAR ANDA.

Hubungi 012.242.6464 @ PM kami SEKARANG untuk tempahan!!!
 
 

Wednesday, 17 July 2013

Kuih Raya 1434H..

Alhamdulillah. Sempena Ramadhan & Syawal tahun ni, Idami Food melebarkan sayap dgn mempromosi kuih raya sebagai menu tambahan di Idami ;) ada beberapa jenis kuih yg masih dibuka utk tempahan hingga 1 minggu sebelum hari raya. Antaranya; almond choc chips, kacang salut & popia nestum. Jom la layannn...




Selamat menjamu ;D